Home Ekonomi Rizab BNM AS$94.3b

Rizab BNM AS$94.3b

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$94.3 bilion (bersamaan dengan RM422.9 bilion) pada 13 Januari 2017.

Jumlah itu menurun berbanding AS$94.4 bilion (RM424.2 bilion) pada 30 Disember lalu.

Bank Negara Malaysia berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan ialah 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. – MalaysiaGazette