Home Dunia 10 mangsa runtuhan salji di Itali masih hidup

10 mangsa runtuhan salji di Itali masih hidup

Hotel Rigopiano sebelum kejadian runtuhan salji.

ITALI – Seramai 10 orang mangsa yang terperangkap di Hotel Rigopiano ditemui masih hidup.

Seorang ibu dan anak lelakinya antara mangsa pertama yang berjaya dibawa keluar daripada hotel yang dilitupi runtuhan salji.

Runtuhan salji melanda di Hotel Rigopiano, dekat wilayah Abruzzo selepas beberapa kali kejadian gempa bumi.

Setakat ini empat dilaporkan mati dan 20 lagi masih hilang.

Semasa runtuhan berlaku dipercayai terdapat 22 orang teramu dan tujuh kakitangan berada dalam hotel berkenaan namun jumlah sebenar tidak dapat dipastikan.

Selain warga Itali, mereka yang terperangkap juga terdiri daripada rakyat Swiss dan Romania. – MalaysiaGazette