Joaquin 'El Chapo' Guzman (tengaha). foto Agensi

NEW YORK – Raja dadah, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman yang didakwa di mahkamah Amerika Syarikat (AS) tidak mengaku salah atas pertuduhan menjalankan operasi pengedaran dadah terbesar dunia.

Ketua kartel Sinaloa itu diekstradisi dari Mexico ke Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.

Pendakwa Raya AS mahu memerintahkan pembekuan aset-aset milik Guzman yang bernilai AS$14 bilion.

Pada tahun 2015, Guzman berjaya melarikan diri dari sebuah penjara keselamatan tinggi melalui terowong – meskipun ketika itu pergerakannya dirakam kamera litar tertutup.

Guzman menentang ekstradisi sejak berjaya ditahan semula pada awal 2016.

Pihak berkuasa persekutuan AS telah menjejaki Guzman lebih daripada 20 tahun.

Beliau menghadapi 17 tuduhan termasuk pengedaran dadah, menyalahi undang-undang penggunaan senjata api, pengubahan wang haram dan penyeludupan wang tunai merentasi sempadan.

“Dia seorang lelaki yang tidak ada kehidupan selain melakukan jenayah, keganasan, kematian dan kemusnahan. Dan kini dia akan perlu menjawab kepada itu. Itulah yang Chapo Guzman,” kata peguam AS, Robert Capers. – MalaysiaGazette