Home Nasional Teksi Malaysia dikecualikan RRC

Teksi Malaysia dikecualikan RRC

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Teksi-teksi di Malaysia tidak perlu membayar Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) yang dikuatkuasakan awal bulan depan jika memasuki negara itu.

“RRC tidak diguna pakai kepada teksi-teksi asing yang didaftarkan,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) kepada TODAY.

Kenyataan itu bagi menjawab kebimbangan pemandu-pemandu teksi yang terpaksa membayar S$6.40 apabila memasuki Singapura.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Pengerusi Terminal Teksi Johor Baru-Singapura, Muhamad Najib Abdul Rahman yang mahu LTA mengecualikan mereka daripada RRC.

Ini kerana jika RRC yang dikuatkuasakan kerana timbal balas caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 (S$6.40), Singapura perlu mengecualikan caj itu seperti mana yang dinikmati oleh teksi Singapura.

Malaysia mengenkan RC pada November tahun lalu.

Mulai 15 Februari ini, semua kereta asing dikenakan bayaran RRC apabila memasuki Singapura melalui Tuas atau Woodlands. – MalaysiaGazette