Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk namun, tiada pengesahan dibuat oleh keluarganya.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 28 tahun dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk namun, tiada pengesahan dibuat oleh keluarganya.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan untuk membantu mangsa pada 9.45 pagi tadi.

“Mangsa dirantai dari bahagian leher sehingga badannya. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dapat membantu mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata rantai berkenaan dapat dipotong menggunakan pemotong besi sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun, enggan mengulas lanjut.

“Siasatan sedang dilakukan berhubung kes ini,” katanya.

— BERNAMA