Home Dunia Guna bayi sebagai pengebom berani mati

Guna bayi sebagai pengebom berani mati

NIGERIA – Pengebom berani mati wanita di Nigeria kini membawa bayi untuk mengelakkan diri mereka daripada dikesan sebagai penyerang.

Amaran itu dikeluarkan pihak berkuasa selepas serangan di bandar Madagali pada 13 Januari lalu yang mana  dua wanita meletupkan peranti yang membunuh mereka dan dua bayi serta empat yang lain.

Mereka ini telah dilepaskan daripada pusat pemeriksaan kerana membawa bayi.

Pihak berkuasa berkata, penggunaan bayi dalam serangan berani mati adalah isyarat bahaya.

Kumpulan pemberontak Boko Haram disyaki telah melakukan serangan tersebut.

Empat wanita menyerang Madagali terletak di Negeri Adamawa, berjaya ditahan semula daripada Boko Haram pada 2015.

Dua ditahan di pusat pemeriksaan keselamatan dan meletupkan peranti mereka, kata pegawai.

Kedua-dua wanita tersebut membawa bayi, bagaimanapun tidak berhenti dan meletup peranti selepas melepasi pintu keselamatan.

Boko Haram dikenali dengan menggunakan wanita termasuk kanak-kanak perempuan sebagai pengebom berani mati.

Kerajaan Nigeria telah bertempur dengan kumpulan itu dalam satu serangan balas bagi merebut kembali bekas wilayah.

Pada awal Disember lalu, dua penyerang berani mati wanita membunuh sekurang-kurangnya 45 orang di bandar yang sama, selepas mereka meletupkan peranti dalam pasar yang sibuk.

Satu serangan serupa membunuh 25 orang pada tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette