Home Dunia Pesawat penyelamat terhempas, 6 maut

Pesawat penyelamat terhempas, 6 maut

Badan helikopter hancur selepas terhempas di Campo Felice ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat. Foto AP

ITALI – Enam orang terbunuh selepas helikopter penyelamat terhempas di kawasan pergunungan di tengah Itali.

Helikopter itu terhempas dekat stesen ski di Campo Felice selepas mengambil seorang pemain ski yang cedera untuk dibawa ke sebuah hospital di L’Aquila, di wilayah Abruzzo.

Kumpulan penyelamat yang tiba di tempat nahas mendapati enam mayat berada di dalam salji.

Beberapa saksi kejadian memberitahu mereka mendengar letupan kuat sebelum helikopter itu terhempas.

Datuk Bandar Lucoli, Gianluca Marrocchi berkata, penduduk setempat nampak helikopter itu terbang sangat rendah dan kemudian hilang dalam kabus.

Campo Felice adalah resort ski terkenal dalam kalangan warga Rom, terletak kira-kira 120 kilometer di barat. – MalaysiaGazette