Home Nasional Ribut petir sehingga Khamis

Ribut petir sehingga Khamis

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sabah (Kudat dan Sandakan) sehingga Sabtu, 28 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut Jabatan Meteorologi.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Sabtu, 28 Januari 2017.

Manakala ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri) dan Sabah (Sandakan & Tawau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi Khamis ini.

Ribut petir juga diramal melanda di perairan Tioman, Reef South dan Sulawesi.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Menurut jabatan itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu sehingga Sabtu ini. – MalaysiaGazette