Home Dunia Perancis larang tawar minuman bergula tanpa had

Perancis larang tawar minuman bergula tanpa had

Malaysia melaksanakan duti eksais bagi minuman bergula mulai 1 Julai lalu.

PERANCIS – Restoran dan tempat-tempat makan awam di Perancis dilarang menawarkan minuman bergula tanpa had bagi mengurangkan masalah obesiti.

Minuman bergula itu termasuk minuman ringan, air isotonik sukan yang mengandungi pemanis atau gula.

Jumlah penduduk Perancis yang obes masih di bawah purata Kesatuan Eropah tetapi angkanya semakin meningkat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan minuman bergula dikenakan cukai bagi menangani masalah obesiti dan diabetes.

Tawaran minum tanpa has bagi minuman soda sudah lama ditawarkan di restoran keluarga dan kafe di beberapa negara seperti United Kingdom.

Bagaimanapun, cukai akan dimulakan di United Kingdom pada tahun depan.

“Had itu dicadangkan khususnya kepada golongan muda yang berisiko obes, mengalami berat berlebihan dan diabetes,” kata WHO.

Tinjauan Eurostat menunjukkan jumlah obes dalam kalangan dewasa di Perancis ialah 15.3 peratus, di bawah purata Kesatuan Eropah 15.9 peratus, lebih baik berbanding 20.1 peratus di United Kingdom tetapi lebih berat daripada Itali 10.7 peratus.

Hampir 57 peratus lelaki yang berusia melebihi 30 tahun didapati obes, manakala 41 peratus wanita pada usia itu mempunyai berat berlebihan. – MalaysiaGazette