ANKARA – Tinjauan Kredit Global Fitch menjangkakan ekonomi global akan berkembang sebanyak 2.9 peratus pada 2017.

Bagaimanapun unjuran pertumbuhan bagi zon Eropah tahun ini merosot kepada 1.4 peratus berbanding 1.6 peratus sementara unjuran bagi China susut kepada 6.4 peratus kepada 6.7 peratus, demikian menurut laporan Agensi Anadolu, Turki.

“Kami menjangkakan terdapat peningkatan kepada 2.9 peratus berbanding 2.5 peratus tahun lepas disebabkan pemulihan dalam pelaburan Amerika Syarikat, dasar pasaran fiskal negara-negara maju yang lebih mudah dan berakhirnya kemelesetan di Brazil dan Rusia, “ kata agensi penarafan kredit antarabangsa itu.

Menurut Fitch, 21 peratus daripada penarafannya bagi kesemua negara mempunyai unjuran negatif.

“Tekanan ini termasuk pengukuhan dolar, kelembapan perdagangan global dan ketidaktentuan polisi.

“Kebanyakan negara-negara yang bergantung kepada eksport komoditi di Timur Tegah dan Afrika masih bergelut untuk menyelaraskan penurunan dramatik harga di sebalik pemulihan terkini,” katanya.

Tambah Fitch, bank-bank Eropah berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi perlahan dan hutang tidak berbayar terutamanya di Itali dan Portugal.- MalaysiaGazette