Home Dunia Pelarian ditahan sebaik tiba di AS

Pelarian ditahan sebaik tiba di AS

Rakyat dari tujuh negara serta pelarian global kini boleh memasuki Amerika Syarikat. Foto Agensi

NEW YORK – Pelarian yang tiba di Lapangan Terbang John F Kennedy ditahan selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan menghalang kemasukan pelarian dan Muslim daripada beberapa negara.

Tindakan itu menyebabkan tunjuk perasaan diadakan  di luar lapangan terbang berkenaan menuntut pembebasan 11 pelarian yang dipercayai ditahan.

Implikasi arahan Trump setakat ini belum jelas dan keputusan beliau itu akan dicabar oleh beberapa kumpulan hak asasi.

Setakat ini, pelarian Syria dihalang memasuki Amerika Syarikat sehingga dimaklumkan kelak. Arahan sama turut melibatkan rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yemen.

Program kemasukan pelarian Amerika Syarikat juga digantung bagi tempoh 120 hari.

Seramai 11 pelarian yang ditahan itu sebenarnya sudah pun transit ketika Trump mengeluarkan perintah berkenaan.

Tindakan Trump itu dikritik kerana ia akan menjejaskan warga negara daripada tujuh negara berkenaan tiba di Amerika Syarikat meskipun memiliki visa yang sah. – MalaysiaGazette