Home Ekonomi Aktiviti gerudi minyak AS naik, harga Brent susut

Aktiviti gerudi minyak AS naik, harga Brent susut

SINGAPURA – Harga minyak Brent turun selepas aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat, menjejaskan usaha OPEC dan pengeluar lain mengurangkan bekalan dalam pasaran.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$55.25 setong, hampir tidak berubah daripada penutup akhir. Sementara niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$52.58 setong, turun AS$0.05.

Brent merosot lebih 5.0 sejak harga kemuncaknya pada awal Januari dan WTI pula merosot lebih 2.5 peratus, mencerminkan sentimen usaha yang diketuai oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 tong sehari tidak cukup besar untuk mengimbangi kenaikan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat.

Pengeluaran minyak Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 6.3 peratus sejak Julai tahun lalu kepada hampir 9 juta tong sehari, menurut data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.

Goldman Sachs mengunjurkan pengeluaran minyak Amerika Syarikat tahun ke tahun akan meningkat sebanyak 290,000 tong sehari pada tahun ini, jika tunggakan di pelantar yang masih operasi diambil kira. – MalaysiaGazette