Home Dunia Enggan laksana perintah eksekutif, Sally Yates dipecat

Enggan laksana perintah eksekutif, Sally Yates dipecat

WASHINGTON – Pemangku Peguam Negara Amerika Syarikat, Sally Yates dipecat oleh Presiden Donald Trump selepas beliau mengarahkan Jabatan Keadilan tidak mempertahankan perintah eksekutif berhubung imigresen.

“Sally Yates telah mengkhianati Jabatan Keadilan dengan menolak untuk melaksanakan perintah perundangan bagi melindungi rakyat Amerika Syarikat, ” kata White House dalam satu kenyataan.

Trump telah menggantung tugas Yate dan menamakan Peguam Amerika Syarikat dari daerag timur Virginia, Dana Boente sebagai pemangku Peguam Negara sehingga Senator Jeff Sessions disahkan oleh Senat. – MalaysiaGazette