Home Dunia Saspek pembunuhan masjid Quebec ditahan

Saspek pembunuhan masjid Quebec ditahan

QUEBEC – Seorang penuntut didakwa atas pertuduhan membunuh enam orang Islam dan cubaan membunuh lima mangsa lain di sebuah masjid di Quebec.

Lebih daripada 50 orang berada di masjid berkenaan ketika saspek melakukan serangan.

Lima orang mangsa masih dirawat di hospital manakala 12 orang yang cedera ringan diberi rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah.

Seorang lelaki Maghribi yang turut ditahan selepas serangan itu, Mohamed Khadir akan menjadi saksi kes tersebut.

Saspek, Alexandre Bissonnette ditahan di dalam kereta miliknya di sebuah jambatan dari Quebec City ke Ile d’Orleans, selepas beliau menelefon polis dan menyatakan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Menurut laporan media, Bissonnette adalah pelajar sains politik dan antropologi di Universiti Laval, yang mana kampusnya terletak kira-kira 3 kilometer dari masjid tersebut. – MalaysiaGazette