Home Ekonomi Volkswagen atasi Toyota jenama kenderaan paling laris dunia

Volkswagen atasi Toyota jenama kenderaan paling laris dunia

JERMAN – Volkswagen (VW) mengatasi kedudukan Toyota sebagai jenama kenderaan paling laris di dunia.

Ia adalah kali pertama pembuat kereta Jerman itu merangkul kedudukan tersebut, meskipun berhadapan skandal ujian pelepasan asap hingga menyebabkan syarikat itu berhadapan dengan pelbagai tindakan undang-undang.

Toyota yang mengungguli jualan sejak empat tahun lalu menjual sebanyak 10.175 juta kenderaan pada tahun lalu berbanding 10.31 juta jualan oleh VW.

Jurucakap VW berkata: “2016 merupakan tahun yang amat mencabar bagi kami.”

Bagaimanapun, syarikat berjaya “mencapai kemajuan dalam menyelesai dan mengatasi krisis diesel” dan memulakan perubahan asas dalam strategi jangka panjang syarikat, katanya.

Tambah beliau, VW mampu menstabilkan perniagaan yang beroperasi dalam keadaan yang sukar dengan menyerahkan lebih daripada 10 juta kenderaan kepada pelanggan tahun lepas.

VW yang turut mengeluarkan Audi, Porsche dan jenama Skoda menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 3.8 peratus dipacu oleh permintaan di China, juga pasaran lain.

Di Sweden, contohnya, Volkswagen Golf adalah kereta baru paling popular pada tahun 2016, buat kali pertama lebih setengah abad, mengatasi jualan Volvo.

Jualan Toyota sekadar meningkat sebanyak 0.2 peratus disebabkan jualan yang terjejas dalam industri kereta di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. macam xbetul je..aku refer kt website luar cakap toyota still pegang..ikut logik pn mmg nampak toyota byk

Comments are closed.