Jamal Md. Yunus

KUALA LUMPUR – “Satu lagi fitnah terhadap saya. Saya tidak keluarkan kenyataan itu,” kata Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu berkata demikian menafikan kononnya beliau mengajak orang beramai-ramai berarak di Pejabat Perdana Menteri memprotes kenaikan harga minyak.

“Harap maklum dan jangan terpedaya,” ujarnya yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia dalam satu status media sosialnya malam tadi.

Beliau merujuk kepada sebaran media sosial kononnya menggunakan Facebook miliknya yag menyeru orang ramai membantah kenaikan harga minyak di Putrajaya pukul 10 pagi esok.

Kenyataan itu berbunyi;”Ayuh turun dihadapan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya bersama Datuk Seri Jamal Md. Yunos serta kumpulan gerakan baju merah, gabungan NGO Malaysia, ahli-ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia untuk membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.Sila bawa kenderaan anda bersama juga”.

Jamal bersama NGO Gerakan Merah sebelum itu dikenali sebagai kumpulan pro kerajaan yang memprotes pembangkang terutama berkaitan BERSIH dan kerajaan Selangor termasuk aksi melampau ‘berkemban’ di hadapan pejabat SUK kerana isu bekalan air.-MalaysiaGazette