Jamiah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pelantikan Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Jamiah, 61, memiliki lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam dunia korporat merupakan pengarah wanita ketiga dalam Lembaga Pengarah Maybank.

Sebelum ini beliau adalah bekas Timbalan Presiden, Pembangunan Korporat dan Modal Insan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Beliau juga berkhidmat dengan beberapa lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan pelaburan PNB seperti Malaysia Mining Corporation Berhad, UMW Holdings Berhad dan Chemical Company of Malaysia Berhad.

Jamiah kini memegang jawatan pengerusi di Kumpulan Prolintas.

Beliau adalah bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) daripada Universiti Northern Illinois, Amerika Syariat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, beliau adalah pemegang sijil Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Perancang Kewangan Bertauliah dengan Persatuan Perancang Kewangan Malaysia. – MalaysiaGazette