KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. melantik Abdul Rashid Musa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., berkuatkuasa semalam.

Syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataannya berkata, pelantikan Abdul Rashid adalah untuk menggantikan Rohime Shafie yang telah ditugaskan ke DRB-Hicom sebagai Ketua Automotif di Bahagian Pengedarana Automotif dan Pembuatan dan Kejuruteraan.

Sebelum pelantikannya, Abdul Rashid merupakan Ketua Pegawai Teknikal di Proton Holdings dan memegang pelbagai portfolio termasuk dalam pembangunan empat model baharu Proton pada 2016.

Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah di beberapa anak syarikat Proton serta pernah mengetuai syarikat-syarikat di dalam Kumpulan DFB-Hicom.

Abdul Rashid merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Malaya pada 1989.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast