HOLLYWOOD – Bintang pop terkenal Amerika Syarikat, Beyonce mengumumkan dia bakal menimang bayi kembar menerusi kehamilan kedua hasil perkongsian hidupnya dengan penyanyi rap terkenal Jay Z.

Beyonce atau nama sebenarnya Beyonce Giselle Knowles-Carter yang sebelum ini mempunyai anak perempuan, Blue Ivy.

Penyanyi berusia 35 tahun itu mengumumkan berita gembira kepada peminatnya menerusi laman Instagram yang mempunyai 92 juta pengikut.

“Kami ingin berkongsi rasa cinta dan kegembiraan. Kami mendapat anugerah berganda,” katanya dengan membuat naik gambar dirinya dalam keadaan melutut sambil memegang perutnya.

Beyonce dan suami turut melahirkan rasa syukur kerana ahli keluarganya bakal bertambah dua orang dan mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah daripada semua peminatnya.

Pengumuman itu dibuat Beyonce sembilan bulan selepas pelancaran album Lemonade yang secara terangan mengatakan perbuatan curang suaminya.

Album itu dilancarkan pada 23 April tahun lalu dan antara lain ia memuatkan lagu seperti Final Warning dan Gonna Lose Your Wife yang secara jelas menunjukkan kecurangan suaminya dan lelaki itu bakal kehilangan dirinya jika tidak berubah.

Leomonade turut mendahului pencalonan Anugerah Grammy yang bakal diadakan pada 12 Februari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast