Home Dunia Cabul pekerja hotel, diplomat Arab Saudi dihukum sebat, penjara

Cabul pekerja hotel, diplomat Arab Saudi dihukum sebat, penjara

SINGAPURA – Seorang diplomat Arab Saudi dikenakan hukuman empat kali sebatan dan lebih daripada 26 bulan penjara oleh Mahkamah Singapura selepas didapati bersalah mencabul seorang pelatih hotel ketika bercuti di negara itu tahun lepas, menurut akhbar Straits Times.

Bander Yahya A. Alzahrani, 39, yang bertugas di Kedutaan Arab Saudi di Beijing, merayu terhadap sabitan dan hukuman itu, kata akhbar itu.

Hukuman sebat adalah undang-undang bagi pesalah lelaki di Singapura.

Sistem kehakiman itu boleh menjatuhkan hukuman sebat untuk kesalahan seperti dadah dan penderaan seksual, vandalisme dan merusuh, atau kepada warga asing yang tinggal melebihi tempoh visa lebih daripada 90 hari.

Amalan sebatan ini juga diamalkan di Arab Saudi. – MalaysiaGazette