Polis Israel menangkap aktivis pro-penempatan yang dilakukan Israel di sempadan Palestin-Israel sehingga mencetuskan kontroversi. foto: Reuters

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa pembinaan penempatan baharu Israel atau peluasan kawasan sedia ada di wilayah yang diduduki rakyat tidak boleh membantu mencapai keamanan dengan Palestin.

White House telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu dua minggu lalu sebelum lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke AS.

Dalam kenyataan itu, White House berkata pentadbirannya “belum berada dalam satu kedudukan rasmi berhubung isu penempatan itu”.

Trump sebagai Ahli Republik memberi isyarat bahawa dia boleh bertolak ansur ke arah projek penempatan berbanding pemimpin sebelum ini Barack Obama.

Kenyataan terbaharu itu mencerminkan pandangan kerajaan pentadbiran baharu AS di bawah Trump mengenai aktiviti penempatan itu.

“Kami tak percya penempatan baharu adalah penghalang kepada pendamaian, pembinaan penempatan baharu itu di luar sempadan sedia ada mungkin tidak dapat membantu mencapai proses pendamaian yang diinginkan itu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan kini dianggap boleh mengecewakan sayap kanan Israel yaang mengharapkan lampu hijau dari Trump terhadap penempatan baharu itu di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.

Dalam reaksi pertama, Danny Danon iaitu Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, masih terlalu awal untuk memberitahu mengenai kesan kenyataan itu terhadap pembangunan masa depan.

“Masih terlalu awal untuk komen mengenai kenyataan itu… saya tidak akan mengkategorikan ia sebagai u-turn AS tetapi sangat jelas menunjukkan isu berkenaan termasuk dalam agenda mereka.

“Perkara ini akan dibincangkan apabila Perdana Menteri (Netanyahu) bertemu dengan Presiden AS di Washington,” kata Danon kepada stesen Radio Israel. – MalaysiaGazette