Jamal Md. Yunus

AMPANG – Datuk Seri Jamal Md. Yunos meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan semua jawatannya dalam NGO kerana mendakwa mahu meniaga premis judi.

‘Peletakan jawatan’ itu dilihat sebagai sindiran kepada pihak tertentu selepas ditahan polis baru-baru ini.

Beliau mendakwa berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki.

Ia diumumkan oleh Jamal hari ini di hadapan Ibupejabat Polis Ampang Jaya selepas dibebaskan bersama sembilan pengikutya kira-kira pukul 7 malam tadi.

Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah Hakim Majistret Mohd. Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.-MalaysiaGazette