KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) hari ini menafikan ada bayaran bantuan sara hidup sebanyak RM300 kepada kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

Dakwaan itu menjadi tular di media-media sosial sejak kebelakangan ini.

JHEV ATM dalam satu kenyataannya kesal dengan dakwaan itu.

“Bayaran Bantuan Sara Hidup JHEV ATM hanya diberikan kepada veteran ATM yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sama adaberpencen atau tidak berpencen,” katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang sama, pihaknya menggalakkan para veteran untuk mengemaskini maklumat peribadi di mana-mana cawangan JHEV ATM.-MalaysiaGazette