Dr. Yusof Yacob

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa yang kini digantung tugas sebagai Pengerusi MARA akan hadir dipanggil pada Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman MARA pagi esok.

“Mesyuarat itu diadakan esok tetapi saya tidak tahu berapa lama ia akan mengambil masa, sama ada ia perlu mengambil beberapa hari,” kata pemangku Pengerusi MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob.

Pada awalnya beliau enggan menjawab sama ada Annuar akan hadir atau tidak pada mesyuarat itu kerana urusan memanggil Annur dibuat oleh pihak lain.

Namun, setelah diasak, Yusof berkata, Annuar perlu hadir memandangkan beliau yang disiasat.

Beliau ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian sefahaman antara MARA dan Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Annuar telah digantung sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) pada 31 Januari lalu berikutan isu penajaan UniKL dan PMB ke atas pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Semua tugas Annuar kini dipangku oleh Yusof.

MARA menggantung tugas Annuar selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL mengeluarkan dana bagi menaja TRW.

Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Annuar. – MalaysiaGazette