Pencemaran udara di New Delhi pada tahun 2016. Foto AP

BEIJING – China dan India menyumbang lebih separuh daripada jumlah kematian global berpunca daripada pencemaran udara pada tahun 2015, menurut kajian Health Effects Institute (HEI).

Penyelidikan oleh HEI itu menunjukkan pencemaran udara menyebabkan lebih 4.2 juta kematian awal di seluruh dunia pada 2015, menjadikannya punca kelima tertinggi kematian, dengan kira-kira 2.2 juta kematian di China dan India sahaja.

Institut, yang juga telah melancarkan pangkalan data dalam talian yang menunjukkan kesan global pencemaran terhadap kesihatan (https://www.stateofglobalair.org) berkata, 92 peratus daripada penduduk dunia tinggal di kawasan yang mempunyai udara yang tidak sihat.

Pencemaran udara dikaitkan dengan kadar lebih tinggi kanser, strok dan penyakit jantung dan juga keadaan pernafasan kronik seperti asthma.

China dan India –  kedua-dua negara memiliki penduduk paling padat di dunia, masing-masing menyumbang 1.1 juta kematian, menurut laporan itu. – MalaysiaGazette