Home Dunia 8 maut dalam serangan pisau

8 maut dalam serangan pisau

BEIJING – Lapan orang terbunuh dalam serangan pisau di rantau bergolak di Xinjiang, China. termasuk tiga penyerang yang telah ditembak mati oleh polis.

Sepuluh orang lain cedera dalam serangan itu di daerah Pishan, menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh kerajaan bandar berhampiran di Hotan.

Polis tiba di tempat kejadian dalam masa satu minit ketika serangan sedang dilakukan oleh perusuh.

Wilayah di Uighur – merupakan lokasi penempatan kumpulan tradisi Islam, sering mendakwa berlakunya penindasan budaya, agama dan diskriminasi yang membawa kepada pergolakan maut.

Beijing pula menuduh kumpulan pemisah Uighur seperti Pergerakan Islam Turkestan Timur mendalangi serangan di kawasan yang kaya dengan sumber.

Pada bulan lalu, polis membunuh tiga perusuh selepas pemburuan ahli-ahli yang disyaki “kumpulan pengganas” yang dikaitkan dengan serangan 2015 di Pishan, menurut laman web rasmi kerajaan serantau itu.

Minggu sebelum ini, media-media melaporkan tiga penyerang ditembak mati selepas meletupkan pejabat parti tempatan di Moyu County, yang membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain. – MalaysiaGazette

.