Ahmad Yakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pas Kelantan mengisytiharkan Ahad 19 Februari ini sebagai hari cuti peristiwa bagi membolehkan rakyatnya menyertai Himpunan RUU355.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Menurut beliau, cuti itu bagi memberi peluang dan kemudahan kepada kakitangan kerajaan negeri dan seluruh rakyat Kelantan menghadiri Himpunan 355 di Padang Merbok Sabtu ini.

“Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang bersidang pada hari ini bersetuju memutuskan bahawa tarikh 22 Jamadil Awwal 1438H bersamaan 19 Februari 2017 M iaitu hari Ahad adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini. – MalaysiaGazette