Pelakon, Lisa Surihani.

KUALA LUMPUR – Pelakon Lisa Surihani diiktiraf dunia apabila dia diberi tanggungjawab sebagai duta baharu Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia.

Menurut kenyataan organisasi dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, pemilihan itu sekali gus meletakkan Lisa sebaris dengan selebriti dan tokoh terkenal antarabangsa.

“Dengan peranan ini, Lisa akan menyertai barisan duta-duta antarabangsa seperti (pemain bola sepak) David Beckham, (penyanyi) Katy Perry, (pelakon) Amitabh Bachchan dan ramai lagi,” menurut kenyataan.

Kebiasaannya, Duta UNICEF dipilih berdasarkan dedikasi dan komitmen dipamerkan oleh artis berkenaan terhadap hak kanak-kanak.

UNICEF menggalakkan hak dan kesejahteraan setiap kanak-kanak.

Setakat ini UNICEF sudah menjalinkan kerjasama antara 190 buah negara.

Lisa Surihani akan diperkenalkan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Selasa minggu depan. – MalaysiaGazette