Home Nasional Polis benar anjur Perhimpunan RUU Sabtu ini

Polis benar anjur Perhimpunan RUU Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Penganjur Perhimpunan RUU355 telah diberi kelulusan untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu ini dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, pihak polis akan menjaga keselamatan dengan menempatkan penugasan pegawai polis yang secukupnya sepanjang perhimpunan tersebut.

Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen akan ditutup pada Sabtu ini mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Katanya, polis berharap pihak penganjur dan peserta perhimpunan mematuhi peraturan yang tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak polis. – MalaysiaGazette