Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai.

SHANGHAI – Seorang lelaki dipenjarakan lapan tahun oleh Mahkamah Shanghai selepas menggunakan alat letupan untuk meletupkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong tahun lalu hingga mencederakan sekurang-kurangnya tiga pelancong dan menjejaskan penerbangan.

Dalam satu kenyataan ringkas, mahkamah berkata, Zhou Xingbo menggunakan alat peranti letupan itu ketika kejadian kerana mengalami gangguan hidup.

Zhou XIngbo menggunakan botol bir yang mengandungi bahan-bahan letupan buatan sendiri dalam beg sandangnya lalu melemparkannya ke kaunter tiket.

Selepas botol itu meletup, dia mengeluarkan pisau dan mengkelar lehernya. – MalaysiaGazette