KUALA LUMPUR – Ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, Che Tom Yahaya meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Allahyarham didapati meninggal dunia jam 2.14 pagi tadi pada usia 82 tahun.

Menurut satu kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri Selangor, jenazah akan di bawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah.

“Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate pada jam 9.00 pagi. dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate.

“Didoakan semoga Almarhumah Bonda Hajjah Che Tom Yahaya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat,” menurut Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimi Shafie. – MalaysiaGazette.