Home Dunia 19 maut bas terbalik

19 maut bas terbalik

CHILE – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila sebuah bas terbalik di jalan terpencil di Argentina Andes, berhampiran sempadan dengan Chile.

Seorang mangsa yang tidak dikenal pasti berkata, bas itu dipandu terlalu laju hingga menimbulkan kebimbangan para penumpang.

Nahas itu berlaku berhampiran Aconcagua.

Syarikat kenderaan berkenaan berkata, ia sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti penumpang yang maut.

Gabenor Wilayah Mendoza, Alejandro Gulle dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata, dua pemandu bas Chile yang terselamat dalam kejadian itu telah disoal siasat di bandar Uspallata.

Mereka yang maut terdiri daripada tiga orang kanak-kanak – kebanyakan warga Argentina, Chile, Colombia dan Haiti.

Ketika nahas berlaku cuaca dalam keadaan baik tetapi jalan tersebut mempunyai selekoh bahaya.

“Bas ini dipandu terlalu laju lalu merempuh jalan sebelah sebelum terbalik. Kejadian berlaku sangat, sangat pantas,” kata seorang penumpang sambil mendakwa kebanyakan penumpang gelisah apabila ia dalam keadaan laju.- MalaysiaGazette