KUALA LUMPUR – Nama Eshaal menjadi pilihan pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy buat anak perempuan sulung yang lahir pada Jumaat lalu.

Pengumuman itu dibuat menerusi Instagram Akim yang memuatkan gambar sekeping kertas dengan tulisan nama penuh anaknya ‘Eshaal binti Afiq Hakim’.

Nama itu turut ditulis dalam tulisan jawi.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun. – MalaysiaGazette