Madinah Mohamad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019.

Beliau menggantikan Tan Sri Amrin Buang yang akan tamat perkhidmatan pada 22 Februari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri  Dr. Ali Hamsa dalam kenyataan di sini berkata, pelantikan Madinah telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Madinah, 60, berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Sebelum ini, beliau juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 September tahun lalu. – MalaysiaGazette