Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa hari ini disahkan secara rasmi sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa hari ini disahkan secara rasmi sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandang sedia ada Datuk Seri Afandi Hamzah akan dicabar Datuk Yusof Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

“Untuk jawatan presiden, sebelum ini empat dicalonkan dan dua disahkan bertanding pada 25 Mac ini. Bagi jawatan Timbalan Presiden, daripada lapan pencalonan, tinggal empat dan sekarang tiga. Calon naib presiden pula daripada 21 calon sebelum ini, sembilan calon mengesahkan pertandingan.

“Jawatankuasa exco lelaki sebanyak 30 pencalonan dibuat dan 17 disahkan bertanding dan untuk jawatankuasa exco wanita pula, tujuh dicalonkan dan kesemua mereka akan bertanding,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Pengesahan pencalonan untuk pemilihan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM ke-11.

Sementara itu, Afandi berkata calon-calon yang telah disahkan itu masih boleh menarik diri daripada bertanding.

“Semua calon masih boleh menarik diri daripada bertanding sehingga pada tarikh Kongres FAM berlangsung pada 25 Mac. Dari segi peraturan, kita (FAM) membenarkan calon-calon untuk menarik diri sebelum Kongres bermula,” katanya.

Mesyuarat ke-11 itu adalah mesyuarat exco terakhir bagi penggal 2014-2017.

Senarai calon bagi pemilihan FAM penggal 2017-2021:

Presiden:

1. Tunku Ismail Sultan Ibrahim

2. Tan Sri Annuar Musa

Timbalan Presiden:

1. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

2. Datuk Seri Afandi Hamzah

3. Datuk Seri Subahan Kamal

Naib Presiden:

1. Datuk Zainol Fadzi Paharudin

2. Datuk S. Sivasundaram

3. Mohd Joehari Mohd Ayob

4. Datuk Ab. Ghani Hassan

5. Datuk Takiyuddin Hassan

6. Datuk Rosmadi Ismail

7. Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman

8. Datuk Astaman Abdul Aziz

9. Marzuki Sulong

Ahli FAM:

1. Abdul Aziz Yeop Jamaludin

2. Supt. Mohd Dali Wahid

3. Datuk Azril Mat Drus

4. Subkhiddin Mohd Salleh

5. Mohd Firdaus Mohamed

6. Christopher Raj

7. Datuk Jefferey Low Han Chau

8. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

9. Datuk Azisman Alias

10. Datuk Aminuddin Omar

11. Datuk MuhammadYadzan Mohammad

12. Ishsam Shahrudin

13. Nik Ahmad Yaakub

14. Datuk Gary Vasudevan Nair

15. Mohd Jamil Zakaria

16. Nokman Mustafa

17. Mej Jen (B) Datuk Mazelan Kasap

Ahli FAM (Wanita):

1. Shafizah Umamah Abdul Mutalib

2. Roselina Idrus

3. Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad

4. Tuan Nah Nik Him

5. Normala Yusoff

6. Datuk Suraya Yaacob

7. Isfarina Mohd Bali

— BERNAMA