KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki utama negara, Ng Eain Yow menepati ramalan apabila mempertahankan pingat emas acara skuasy perseorangan lelaki dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya apabila menumbangkan wakil India, Abhay Singh, 3-0 di Arena Nagoya Kinjo Futo sebentar tadi.
Lebih manis, Eain Yow, 28, yang diletakkan sebagai sandaran emas kontinjen negara sebelum ini turut mencipta sejarah sebagai pemain skuasy pertama layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28)
Ini kerana pemenang bagi acara perseorangan lelaki dan wanita di Sukan Asia mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 yang menyaksikan sukan itu bakal membuat penampilan buat julung kalinya.
Sukan skuasy akhirnya diterima masuk ke dalam program Olimpik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada tahun 2023 selepas bertahun-tahun berusaha melobi.
Sementara itu, Eain Yow muncul pemain pertama yang berjaya mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki Sukan Asia sejak Ong Beng Hee (2002, 2006). – MalaysiaGazette
















