Pemandangan udara yang dicemari jerebu dengan bacaan IPU tidak sihat berikutan aktiviti pembakaran hutan secara meluas di Kalimantan, Indonesia, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sungai Ramal, Kajang. Foto SADIQ SANI, 15 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Empat kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat jam 4.45 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 161, diikuti Kota Tinggi (159), Pengerang (158) dan Larkin (152).

Sementara itu, satu kawasan di Sarawak iaitu Serian turut mencatat bacaan tidak sihat dengan IPU 141.

Dalam kategori sederhana, Sri Aman mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 93, diikuti Kuching (91), Samarahan (81) dan Nilai, Negeri Sembilan (78).

Turut merekodkan bacaan sederhana ialah Tawau, Sabah (76), Bintulu, Sarawak (74), Cheras, Kuala Lumpur (73), Batu Pahat, Johor (72), Mukah, Sarawak (72) dan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (72).

Sebanyak 68 stesen pemantauan kualiti udara direkodkan dalam data berkenaan setakat jam 4.45 petang.

Orang ramai dinasihatkan merujuk bacaan IPU semasa dan mengambil langkah sewajarnya sekiranya kualiti udara berada pada tahap tidak sihat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here