Home Dunia Jepun terpaksa ‘bunuh’ monyet salji

Jepun terpaksa ‘bunuh’ monyet salji

Sekumpulan monyet salji.

TOKYO – Zoo Jepun telah ‘mematikan’ sebanyak 57 ekor monyet salji dengan suntikan maut selepas mendapati mereka membawa gen ‘spesies invasif asing’.

Takagoyama Nature Zoo terletak di bandar Futtsu di Chiba wilayah timur Tokyo, menempatkan 164 monyet daripada spesies kera tulen Jepun.

Pengendali dan pegawai-pegawai tempatan mendapati kira-kira satu pertiga daripadanya berketurunan campuran dengan beruk rhesus yang dikenali sebagai spesies berkenaan.

Seorang pegawai bandar berkata, undang-undang Jepun mengharamkan pemilikan dan pengangkutan spesies invasif, termasuk crossbreeds dan pemusnahan haiwan itu dibenarkan di bawah undang-undang.

Monyet-monyet itu dimatikan dengan suntikan maut sepanjang kira-kira satu bulan berakhir awal Februari.

Monyet rhesus dan beruk crossbreeds telah ditetapkan untuk dimusnah apabila undang-undang alam sekitar Jepun telah disemak semula pada tahun 2013.

“Mereka perlu dibunuh untuk melindungi alam sekitar,” kata seorang pegawai kerajaan wilayah Chiba. – MalaysiaGazette