Home Dunia Saspek bunuh Kim Jong-nam sudah 3 tahun menetap di KL

Saspek bunuh Kim Jong-nam sudah 3 tahun menetap di KL

Ri Jong Chol ditahan anggota polis bagi siasatan kematian Kim Jong-nam. Foto Reuters

KUALA LUMPUR – Ri Jong Chol, lelaki Korea Utara yang ditangkap dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam telah tinggal di Malaysia selama lebih daripada tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang berdaftar atas permit pekerjaannya atau menerima gaji.

Ri, 47, mempunyai visa kerja Malaysia yang menunjukkan dia adalah seorang pekerja di Tombo Enterprise.

Tetapi pemilik syarikat itu berkata dia tidak pernah bekerja walaupun sehari di sana atau mendapat gaji daripada firma perubatan herba.

Chong Ah Kow berkata, dia mendapatkan visa kerja Ri dengan menyatakan dalam dokumen kedudukannya sebagai pengurus pembangunan produk di jabatan IT syarikat yang berpendapatan RM5,500 ringgit (AS$1,230) sebulan.

Visa telah diperbaharui sekali, pada bulan Jun 2016.

“Ia hanya satu formaliti, hanya dokumen, saya tidak pernah membayar kepada beliau,” kata Chong, seorang warganegara Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana dia kekal di sini. Saya tidak tahu bagaimana dia mendapat wang,” katanya.

Chong, seorang pengembara yang kerap ke Korea Utara, katanya yang hanya cuba untuk membantu Ri.

Chong yang telah memberi keterangan kepada polis dan bersedia untuk menghadapi sebarang akibat mengemukakan maklumat palsu kepada kerajaan.

Chong, yang merupakan kawan kepada Ri berkata, lelaki itu tinggal dengan isteri dan dua anaknya di Kuala Lumpur.

Ri yang ditahan sebagai saspek utama dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Setakat ini polis belum mengklasifikasikan peranan Ri dalam pembunuhan Kim Jong-nam di klia2.

Anak perempuan Ri meneruskan pengajian di Universiti HELP.

Chong berkata, dia dan Ri bertemu pada tahun 2013 apabila lelaki itu bertemunya di Kuala Lumpur berkaitan ciptaan ekstrak cendawan dengan kesan anti-kanser.

Tambah Chong, dia telah melawat Korea Utara kira-kira 10 kali dan mengagumi budaya negara itu.

“Ri seorang lemah lembut, berbudi bahasa, merendah diri -. Seperti orang Korea Utara yang lain,” katanya. – MalaysiaGazette