BEGINILAH keadaan planet Sistem TRAPPIST-1 mengikut lakaran artis.

WASHINGTON – NASA Spitzer Space Telescope telah menemui satu sistem solar yang mempunyai tujuh buah planet bersaiz dan kelihatan seperti Bumi mengelilingi matahari.

Ketujuh-tujuh planet yang dikenali Sistem TRAPPIST-1 itu kemungkinan ada air di permukaannya tetapi paling pasti tiga daripadanya dikategorikan zon ada habitat – yang juga berkemungkinan ada kehidupan.

Penemuan itu merupakan rekod baharu kepada kajian planet di luar sistem Bima Sakti.

“Kejayaan ini boleh menjadi signifikan dalam teka-teki mencari habitat, persekitaran yang kondusif untuk kehidupan,” kata Pengurus Bersekutu Agensi Direktorat Sains Amerika Syarikat.

download (1)

Menurutnya, mencari jawapan kepada pertanyaan ‘adakah kita bersendirian’ sebelum ini merupakan prioriti dalam sains dan penemuan zon habitat pada planet-planet berkenaan merupakan satu kejayaan besar.

Ia terletak kira-kira 235 trilion batu dari Bumi dan planet yang terletak di luar Bima Sakti itu dikenali sebagai exoplanet.

TRAPPIST-1 dinamakan sempena The Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope (TRAPPIST) di Chile di mana pada Mei 2016 teropong yang sama menemui sistem planet berkenaan.-MalaysiaGazette