MANCHESTER – Pemain prolifik, Wayne Rooney mendedahkan dia  akan kekal di Manchester United di sebalik spekulasi perpindahan beliau ke China.

“Meskipun terdapat minat yang telah ditunjukkan dari kelab lain, dan saya berbangga dengan itu.

“Namun saya mahu menamatkan spekulasi baru-baru ini dan mengatakan bahawa saya akan kekal di Manchester United.

“Saya berharap saya akan kembali berperanan penuh dalam membantu pasukan dalam perjuangannya untuk mendapatkan kedudukan empat teratas liga.

“Ini adalah masa yang menarik untuk bersama kelab itu dan saya mahu kekal menjadi sebahagian daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi, Manchester United. – MalaysiaGazsette