Empat buruh binaan termasuk seorang rakyat Filipina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas berkenaan.

MIRI – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengugut hendak memukul bapa kandung sendiri setelah gagal meminta wang RM150, semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata bapa suspek yang berusia 50 tahun membuat laporan polis setelah suspek berjumpa dengannya pukul 6.37 petang semalam untuk meminta RM150.

“Suspek ugut untuk memukul pengadu sekiranya enggan memberi duit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khoo berkata suspek ditangkap pada pukul 9.30 malam tadi di sebuah stesen minyak di Taman Tunku di sini.

“Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah telefon bimbit dan spanar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

— BERNAMA