Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengajak lebih banyak syarikat Arab Saudi melabur dalam pelbagai bidang di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, negara ini merupakan lokasi strategik sebagai pintu masuk untuk memasuki pasaran 625 juta penduduk ASEAN dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar AS$2.5 trilion.

Malaysia juga mempunyai persekitaran yang stabil dari segi politik dan polisi perniagaan dan pelaburan yang liberal.

Negara ini turut menawarkan  infrastruktur pertama di dunia dan perkhidmatan logistik yang baik, selain tenaga kerja berkualiti serta perusahaan kecil dan sederhana yang berkeupayaan untuk mengeksport dan mengambil bahagian dalam rantaian bekalan global.

Beliau berkata demikian ketika berucapa di Forum Perniagaam Malaysia-Arab Saudi di sini.

Arab Saudi adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di Asia Barat sejak tahun 2001.

Pada tahun lalu, jumlah dagangan Malaysia dengan Arab Saudi meningkat sebanyak 27.8 peratus kepada RM14 bilion berbanding RM11 bilion pada tahun sebelumnya.

Tiga eksport utama Arab Saudi ialah minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit (RM565.75 juta), mesin, perkakasan dan alat  ganti (RM380.72 juta) dan makanan proses (RM379.16 juta).

Manakala Malaysia pula antara tiga pengimport utama Arab Saudi bagi kimia dan produk kimia (RM4.45 bilion), petroleum mentah (RM3.21 bilion) dan produk kimia (RM2.40 bilion).

Mustapa juga berharap Arab Saudi akan terus mewujudkan undang-undang, peraturan dan persekitaran percukaian yang akan menggalakkan penglibatan pelabur-pelabur negara ini dalam Program Transformasi Ekonomi termasuk Wawasan 2030 Arab Saudi. – MalaysiaGazette