Suspek wanita Siti Aishah, 25 berasal dari Indonesia dibawa masuk kedalam mahkamah untuk dibicara berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017

SEPANG – Dua suspek wanita yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tiba secara berasingan di perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang ini.

Suspek pertama, Doan Thi Huan  tiba pada pukul 9.34 pagi dan Siti Aisyah sampai 9.40 pagi.

Suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam dibawa keluar dari mahkamah oleh sepasukan anggota polis selepas dituduh berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017

Ketibaan Doan Thi Huan dan Siti Aisyah dikawal ketat oleh pasukan unit tindakan khas.

Siti Aisyah yang memakai baju merah kelihatan tenang ketika diiringi masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis wanita.

Dipercayai tujuh kereta mengiringi kenderaan yang membawa dua saspek itu.

Persekitaran perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang kecoh apabila pengamal-pengamal media berkejar-kejaran untuk merakamkan ketibaan saspek.

Sebelum ketibaan dua suspek, wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam tiba dengan kenderaan masing-masing. – MalaysiaGazette