Peguam Siti Aishah, Gooi Soon Eng (kiri) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.

SEPANG – Gooi Soon Eng yang dilantik sebagai peguam kepada Siti Aisyah mendakwa masih belum berpeluang menemui wanita itu.

Beliau dilantik oleh Kedutaan Indonesia untuk mewakili Siti Aisyah yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Soon Eng akan mengetuai kes itu bersama lima hingga enam peguam lain.

“Saya akan berjumpa dengan Siti Aisyah selepas proses pendakwaan pagi ini,” katanya sambil menyifatkan kes membabit anak guamnya itu sebagai unik.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya belum pasti tentang peruntukan pendakwaan yang dikenakan terhadap Siti Aisyah.

“Saya jangka mungkin melibatkan Seksyen 304, menyebabkan kematian atau Seksyen 109. Saya tidak pasti hingga membaca kertas pertuduhan.

“Ikut prosedur normal Mahkamah Majistret dan tidak ada pengakuan direkodkan. Kes ini akan dipunda ke Mahkamah Tinggi Shah Alam nanti,” ujarnya.

Siti Aisyah, 25, dari Serang, Indonesia antara dua saspek wanita yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-un di klia2 pada 13 Februari lalu. – MalaysiaGazette