Roy Hodgson

LONDON – Leicester City memulakan rundingan dengan bekas Pengurus England, Roy Hodgson untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Claudio Ranieri di King Power Stadium.

Claudio Ranieri dipecat pada Khamis lalu selepas the Foxes gagal mengekalkan prestasinya sejak awal musim ini.

Kelab itu berasa tergugat dan bimbang selepas kelab berada di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

Daily Mail melaporkan bahawa Juara EPL musim lalu itu memulakan langah untuk mencari pengganti sesuai Ranieri.

Pemilik kelab Vichai Srivaddhanaprabha didakwa telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Hodgson di London pada Jumaat lalu.

Malah laporan sama mendakwa perbincangan susulan dijangkakan dalam beberapa hari terdekat ini.

Hodgson 69, dikatakan belum berpuas hati sepenuhnya untuk bersetuju dengan tawaran perpindahan ke the Foxes.

Bagaimanapun, Hodgson yakin untuk kembali ke EPL.

Hodgson berundur dari jawatan Pengurus England selepas England tersingkir awal dari saingan Euro 2016 kepada Iceland.

Kali terakhir Ranieri melakukan penampilan di EPL ialah bersama West Bromwich pada tahun 2012 dan berupaya untuk menamatkan musim liga ketika itu di tempat ke-10 sebelum mengambil alih tugas England. – MalaysiaGazette