kredit: Badminton Association of Malaysia

KUALA LUMPUR – Pusingan kedua Kejohanan Badminton Bawah 18 Tahun Kebangsaan 2026 melabuhkan tirai dengan skuad remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merangkul empat gelaran daripada lima acara yang dipertandingkan di Alor Setar, Kedah hari ini.

Muhammad Shazmir Irfan, 18, muncul pemain paling menyerlah apabila merangkul dua gelaran, masing-masing dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan dengan Damien Ling dan beregu campuran bersama Genevie Lim pada kejohanan yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Kedah.

Dalam acara beregu lelaki, Muhammad Shazmir-Damien bergelar juara selepas menundukkan rakan sepasukan, Khairul Azlan Khashah-Yusuf M. Iqbal, 15-9, 15-13 dalam tempoh 22 minit.

Bagi beregu campuran, gandingan Muhammad Shazmir dan Genevie menewaskan Yusuf yang berpasangan dengan Teh Si Yan dengan keputusan 15-11, 15-10 dalam tempoh 20 minit.

Sementara itu, Lim Boon Le mengesahkan kejuaraan perseorangan lelaki selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chong Lee Qian 9-15, 17-15, 15-8 dalam aksi selama 50 minit.

Dalam acara beregu wanita, Nur Aina Maisarah Hatta-Teh Si Yan menewaskan Rachel Tan-Teh Xin Ying 15-11, 16-14 untuk merangkul gelaran.

Pemain Sabah, Saidatul Saadiah menewaskan perseorangan remaja kebangsaan, Lee Kay Xin, 7-15, 17-15, 15-8 dalam pertarungan selama 50 minit untuk muncul juara perseorangan wanita. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here