Monday, September 16, 2019
Home Seni Hidup Bakal isteri Hans Isaac saman bekas teman lelaki

Bakal isteri Hans Isaac saman bekas teman lelaki

KUALA LUMPUR – Bakal isteri pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas teman lelakinya, Robin Coenraad terhadap dakwaan lelaki tersebut yang tular di media sosial.

Hans dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, tindakan itu bukan datang daripada dirinya kerana dia tidak mempunyai sebab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut.

“Setahu saya, pihak guaman Gabby telah hantar surat untuk memohon agar pihak lelaki tersebut meminta maaf dan menurunkan kesemua paparan, komen dan gambar peribadi yang melibatkan sejarah silam Gabby di media sosial.

 “Tidak ada sebab untuk saya mengambil sebarang tindakan undang-undang sekarang. Namun saya ada mendapatkan khidmat nasihat guaman,” katanya.

Semalam, Robin telah memuat naik status di laman sosial, Facebook mendakwa Gabrielle telah menipu dan berlaku curang terhadapnya apabila bersetuju untuk berkahwin dengan Hans.

Isnin lalu, Hans yang juga produser membuat sidang media mengumumkan memilih Gabrielle Robinson, 28 sebagai suri hatinya dan bakal menamatkan zaman bujangnya 29 Julai ini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2011 ini mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura. – MalaysiaGazette