Suspek ke empat Ri Jong-Chol (tengah) yang berasal dari Korea Utara dibawa keluar dari IPD Sepang oleh anggota polis untuk diusir keluar selepas tidak terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-Nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

SEPANG – Pakar IT yang dikaitkan dengan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara di klia2 pada 13 Februari lalu dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada pukul 8.50 pagi ini.

Ri Jong-chol yang disiasat ekoran kematian Kim Jong-nam dibawa keluar dengan diiringi enam kenderaan polis untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen di Putrajaya sebelum diusir keluar ke negaranya.

Beliau yang dilengkapi dengan jaket kalis peluru dan dikawal ketat tiba di Jabatan Imigresen di Putrajaya pukul 9.15 pagi.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan mengusir keluar  Jong-chol ke negara asalnya berikutan kekurangan bahan buk­ti bagi menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan Jong-nam.

Tempoh reman warga Korea Utara yang berusia 47 tahun itu berakhir hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast