Mah Siew Keong

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan geran berjumlah RM50 juta untuk membantu industri komoditi dalam menangani kebimbangan jaminan keselamatan makanan.

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, geran ini merupakan komitmen jaminan bahawa minyak sawit selamat untuk digunakan sebagai bahan makanan.

Menurut beliau, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti dan keselamatan dalam penggunaan produk-produk minyak sawit.

Katanya, geran itu dibuka kepada semua kilang dan loji penapisan yang bekerjasama membuat penyelidikan untuk meningkatkan kualiti minyak sawit.

Setakat ini, Siew Keong berkata, kementerian itu belum memutuskan berapa banyak syarikat yang akan menerima geran tersebut.

“Sebagai sebuah pengeluar dan pengeksport minyak sawit, kita akan terus mengambil pendekatan menangani isu-isu keselamatan penggunaan minyak itu dalam makanan.

Untuk terus mempertahan imej industri minyak sawit, Malaysia akan memulakan pensijilan mandatori yang memperakui kemampanan minyak sawit di bawah Rangka Kerja Penlestarian Minyak Sawit Malaysia.

Skim tersebut telah dilaksanakan secara sukarela pada tahun 2015 akan dijadikan mandatoru mulai 31 Disember tahun depan.

Mengulas mengenai unjuran harga minyak sawit, Siew Keong berkata, harga komoditi itu dijangka antara RM2,700 hingga RM2,800 setiap tan pada tahun ini. – MalaysiaGazette